Antara kesyukuran dan impian


 Engkau mengajarku

Bersyukur apa adanya

Keindahan di hadapan mata

Kerana tiap nikmat kekalnya tiada

Bisa hilang sekelip mata


Engkau mengenalkanku

Siaga merebut peluang yang tiba

Kerana tanpa disangka sekilas kan berlalu jua


Antara kesyukuran dan impian

Andai jejaknya hilang

Hanya mampu bermimpi dalam ilusi

Ada tapi tak mampu dijamu mata

Ada tapi tersembunyi sebalik nafas dihela

Ada tapi tiada


Ummu Bayt Annajah

Kenangan di Akinabalu

Feb 2023


Previous Post Next Post